Sunday, December 11, 2016

MENJEMPUT REZEKI

ASSALAMUALAIKUM..

Menjemput rezeki...
Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya.. cara saya menjemput rezeki...

Pertama sebelum tidur niatkan dalam hati akan bangun tahjud.
Tidak kira la pukul berapa sedarnya...
Terus la Niatkan diri..

Bila kita tersedar kadang-kadang rasa seperti mahu membuang air..
Betul tak..
Itu la sebenar nya Allah gerakan hati Kita untuk bangun Tahjud..

Jadi selepas membuang pape yang patut terus la ambil air sembahyang dan tunai kan 2 rakaat kerana Allah...

Jika tidak sebelum tidur tu minum la air sebanyak mana..
Kompem akan bangun tuk buang air...
So blh la terus tahjud Skali...
hihihihi

Manakala kalau tersedar dalam kul 5 pagi tu, selepas Tahjud terus la tunggu ke Subuh..
Jangan tidur time tu... Baca la Al-Quran, paling tidak pun baca la surah Yassin... Kalau rasa berat lagi berzikir la, berselawat la...

Berselawat atau berzikir jangan berhenti sampai azan Subuh..
Insha Allah hari itu anda akan rasa tenang,...
Cuba la...

Bagi yang nk pergi kerja itu..
Keluar rumah Baca la ayat Qursi..
Niatkan jauhkan segala bisikan syaitan...

Sambil drive nak ke tempat kerja tu sedekahkanlah Al-Fatiha pd suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, mertua, ahli keluarga...
Niat kan di ampunkan segala dosa mereka dan permudahkan urusan mereka...

Sampai di opis..
Curilah waktu untuk solat Dhuha..
2 rakaat paling minimum...
Ada masalah lebih 4 rakaat lagi bagus 6rakaat..

Cubalah anda buat selama seminggu insha Allah ketenangan akan anda rasa..
Malah kadang-kadang ada rezeki yag tidak disangka..

Ingat!!!
Rezeki bukan dari harta benda, duit ye..,
Tapi kesihatan. makanan, kebahagian keluarga juga lah rezeki...

Solat 5 waktu tu wajib nye...
Jangan abaikan nye...

Pointnya disini :
1. bangun Tahjud
2. Zikir, selawat
3. Sedekahkan Al-fatiha
4. Dhuha
5. Solat Wajid jangan di tinggal...

Itu la yang saya amalkan sekarang ni...
Sejujurnya,,, Bila amalkan selama seminggu ni...
Allah menitis air mata ini tau...

Yela Seminggu sy dapat makan percuma dari pagi, tghari, ptg ada orang belanja di opis...
Alhmdlillh..
Dalam masa yang sama ada orang Berikan Laptop..
Katanya hadiah,, Allah itu nilai paling berharga...
Rezeki yang paling tidak disangka...
Serius... Rezeki Dari Allah....

Mudahkan nak jemput rezeki itu,,
Jaga hubungan dengan Allah Insha Allah pasti Allah akan jaga segala rezeki kita...

Rezeki Allah tidak salah alamat walaupun Sesaat..
"Allah berikan apa yang kita perlu dari apa yang kita minta.."



Luka Czer Sembuh Dengan Cepat

Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...