Friday, November 25, 2016
Mencuri Masa
Kami bekerja tidak sama waktu..
Sorang kejer siang... Sorang kejer malam..
Bila saya pergi kerja pagi suami tidur..
Saya balik kerja suami pergi kerja..
Bila suami balik kerja malam saya sudah tidur...
Begitu la rutin kehidupan kami suami isteri...
Tapi setiap aturan Allah itu indah..
Allah sebaik2 mengatur..
Kita yg merancang...
Kita kena redha setiap aturan Allah..
Insha Allah pasti indah..
Insha Allah pasti ada hikmah nye..
Ramai cakap boleh la selalu keluar malam...
Tiada anak kecil...
Tahu kah anda.. Waktu begitu jela waktu kami meluangkan masa...
Saya paksa korban kan waktu tidur saya bila suami ajak keluar malam...
Suami paksa korban kan tidur nya jika saya ajak keluar waktu siang..
Kami perlu Korbankan waktu tidur kami...
Anda sanggup ke korban kn waktu tidur anda??
Gambar di atas tu suami belum tidur lagi tau... Saya pun belum tidur.. Tapi kami korban kn waktu tidur kami untuk luangkan masa bersama..
Itu la cara kami... Di saat kami di uji waktu kerja berbeza, belum mempunyai zuriat, kehidupan kami sederhana..
Tapi alhmdlillh kami lalui dengan redha.. Kami terima.. Kami pasti Allah akan bagi rezeki yang lebih besar dan bermakna... Allah..
Jadi pada kawan-kawan yang rasa tidak bahagia, kurang kasih sayang, kurang senang dengan pasangan.. Cuba renungkan kembali saat mula kita berjanji akan hidup semati dengan pasangan.. Lafaz ijab dan kabul depan tok kadi terlaksana semua tanggungjawab kita..
Cuba la bertolak ansur dengan pasangan.. Jangan tunjukan ego kita.. Cuba kita selami hati pasangan... Renung la setiap inci muka pasang bila tidur... Banyakan berdoa untuk pasangan dan kehidupan keluarga kita.. Insha Allah.. Allah akan permudahkan semua nya.. Percaya la dengan aturan Allah. Pasti indah...
MENGAJAR ERTI SABAR
Thursday, November 24, 2016
MENTOR SHAKLEE
PENGEDAR SHAKLEE KULAI
HEALING CRISIS / KRISIS PENYEMBUHAN
Q:Apakah yang
dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan
satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan
membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian
dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama
terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin,
badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa,
dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan
terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah
krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut
Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita
menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan
oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi
menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama
dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda
akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan
satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah
sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan
serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar
daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih
teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi
selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan
kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis
penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya. Krisis
penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan
kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang
sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses
penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk
mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan
hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup
kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses
penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap
orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang
adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik
sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan
merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin
di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya,
berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya
bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil
masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang
bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih
mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan,
Mengapa?
A: Secara umumnya,
selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai
perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik,
dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai
masalah seperti:
Tidak
mengamalkannya setiap hari
Tidak mengikut dos
yang telah di cadangkan
Takut kepada
krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
Pemakanan yang
tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
Mengalami penyakit
kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
Mengalami keadaan
yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun
makanan tambahan
Mengalami masalah
emosi
Tanda-tanda &
Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis
Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
1) Krisis Penyembuhan
Sakit kepala yang melampau
Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda
menyahtoksin
2) Krisis Penyembuhan Demam, tidak cukup
rehat
Penyebab Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi imunisasi badan
3) Krisis
PenyembuhanCiritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing
berbau
Penyebab Petanda
bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa
dalam usus
besar
4) Krisis
Penyembuhan Kembung perut Penyebab
Sistem penghadaman yang lemah
5) Krisis
Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Penyebab Fungsi
hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat
6) Krisis
Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Penyebab Fungsi
paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
7) Krisis
Penyembuhan Pendarahan Hidung
Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah
8) Krisis
Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab Badan
berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
9) Krisis
Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Penyebab
Mempercepatkan krisis penyembuhan
10) Krisis
Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Penyebab Sistem
saraf yang lemah
11) Krisis
Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentuHormon yang tidak seimbang/ penyakit
buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan
lendiran yang banyak
12) Krisis
PenyembuhanLapar, Pening
PenyebabTekanan darah rendah, anaemia
13) Krisis
PenyembuhanLoya, sembelit, tersedu
PenyebabSistem hadaman yang lemah, masalah hati
14) Krisis
PenyembuhanEdema (membengkak)
PenyebabMasalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary
Ruth Swope, Columbia Unversity
TRIP SHAKLEE KE LANGKAWI 2016
Tuesday, November 22, 2016
Apa itu Sistem Imuniti??
Saturday, November 12, 2016
KISAH DR FORREST C. SHAKLEE
Wednesday, November 9, 2016
Toksin
Sunday, November 6, 2016
Rawatan Rambut Gugur
Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua. Sekiranya anda mengalami masalah rambut, dapatkan panduan dan penyelesaian yang berguna bagi menyelamatkan mahkota anda.
Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya |
Berikut adalah antara punca yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:
1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.
2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.
4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.
6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
Tersuka Tanpa Sengaja
Friday, November 4, 2016
Mengurangkan tekanan
Kita sering mendengar tentang tekanan perasaan, tetapi apa sebenarnya dimaksudkan dengan tekanan perasaan?
Tekanan perasaan terhasil apabila kuasa luaran bertindak ke atas sebuah struktur, sistem atau organisma dan mengganggu keseimbangan atau menghasilkan tekanan. (Kamus Perubatan Taber). Dalam erti kata lain, tekanan perasaan terhasil diakibatkan sebarang faktor emosi, fizikal, social, ekonomi atau faktor-faktor lain yang memerlukan tindakbalas atau perubahan. Secara amnya ramai berpendapat bahawa sedikit tekanan tidak mengapa (kadangkala tekanan ini dikenali sebagai cabaran atau tekanan positif) tetapi apabila tekanan berlaku melebihi jumlah yang mampu ditanggung, perubahan mental dan fizikal mungkin berlaku.
Tekanan di tempat kerja merupakan tindakbalas emosi dan fizikal yang terjadi apabila berlaku konflik di antara kehendak pekerjaan terhadap pekerja dan kebolehan pekerja memenuhi kehendak dan jangkaan tersebut. Secara amnya, kombinasi permintaan tinggi kerjaya dan jumlah kawalan yang rendah terhadap sesuatu situasi boleh mengakibatkan tekanan.
Tekanan di tempat kerja mungkin berpunca daripada pelbagai perkara atau cuma satu kejadian. Ia mampu memberi kesan terhadap pekerja dan majikan. Seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Kesihatan Mental Canada:
Kebimbangan tentang dibuang kerja kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu dan terpaksa bekerja lebih masa kerana kekurangan pekerja bertindak sebagai faktor tekanan yang negatif. Pekerja yang merasakan tekanan untuk melaksanakan tugas akan terperangkap di dalam proses cubaan untuk mencapai jangkaan tanpa peningkatan kepuasaan bekerja. Permintaan tidak henti-henti untuk bekerja pada tahap optimum akan menyebabkan ketidakpuasan bekerja, mengganggu perolehan pekerja, menghasilkan penurunan kecekapan, mengganggu kesihatan pekerja dan juga menyebabkan kematian pekerja. Ketidakhadiran, tidak sihat, masalah ketagihan alkohol, politik dalaman, keputusan tidak bagus, sikap acuh tak acuh dan sikap tidak peduli, kekurangan motivasi atau kreativiti adalah hasil sampingan tempat kerja yang penuh tekanan.
Sedikit tekanan adalah normal. Sebenarnya, ia memberikan tenaga dan motivasi untuk mengatasi cabaran di rumah dan di tempat kerja. Tekanan dalam situasi begini membantu anda memperbaiki diri untuk mengatasi cabaran dan mencapai matlamat seperti tarikh akhir, sasaran jualan atau pengeluaran serta mencari pelanggan baru. Sebahagian orang tidak memandang keadaan ini sebagai tekanan kerana setelah berjaya mengatasi cabaran, mereka akan merasa kepuasan dan kegembiraan. Walau bagaimanapun, terlalu banyak tekanan akan menghasilkan impak yang negatif. Apabila perasaan kepuasan bertukar menjadi perasaan keletihan, kekecewaan atau ketidakpuasan, atau apabila cabaran tempat kerja menjadi terlalu berat, kesan negatif akibat tekanan mula menonjol.
Di tempat kerja, tekanan boleh berlaku akibat pelbagai situasi. Contohnya;
Faktor pekerjaan
Peranan dalam organisasi
Pembentukan kerjaya
Hubungan dengan rakan sekerja
Iklim organisasi
Tekanan mempunyai impak terhadap kesihatan pekerja secara keseluruhan. Badan kita dicipta dengan tindakbalas automatik terhadap tekanan. Sistem ini amat berkesan untuk tindakbalas jangka pendek “fight or flight” yang dieperlukan untuk menghadapi situasi bahaya. Masalahnya badan kita bertindakbalas terhadap semua jenis tekanan dengan cara yang sama. Sekiranya kita menghadapi tekanan untuk jangkamasa yang lama (seperti tekanan pada aras yang rendah tetapi secara konsisten di tempat kerja) akan mengaktifkan tindakbalas ini tetapi tidak memberi peluang untuk badan memberhentikannya.
Respon badan yang telah “diprogramkan” dinamakan “Respon Umum terhadap Tekanan” termasuk;
Peningkatan tekanan darah
Peningkatan metabolisma (cth: Peningkatan denyutan jantung, peningkatan pernafasan)
Pengurangan sintesis protein, pergerakan usus (pencernaan), sistem imun dan alahan.
Peningkatan koleterol dan asid lemak di dalam darah untuk sistem penghasilan tenaga.
Radang setempat (kemerahan, bengkak, panas, dan kesakitan)
Pembekuan darah yang lebih pantas
Peningkatan penghasilan gula dalam darah untuk tenaga
Peningkatan penghasilan asid di dalam perut
Lazimnya, punca tekanan adalah sesuatu yang tidak dapat diubah secara serta merta. Maka, adalah amat penting untuk mencari jalan untuk mengekalkan kesihatan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani tekanan secara proaktif.
Anda boleh mencuba kaedah-kaedah berikut di tempat kerja:
Bergelak ketawa merupakan kaedah paling senang dan terbaik untuk mengurangkan tekanan. Kongsi jenaka bersama rakan sekerja, tonton filem lucu di rumah bersama rakan-rakan, baca komik dan sentiasa cari jenaka di dalam setiap situasi.
Belajar untuk berehat, tarik beberapa nafas dalam-dalam sepanjang hari atau ambil masa untuk melakukan senaman regangan. Senaman regangan dapat dilakuakan di mana-mana sahaja dan mengambil masa yang sangat singkat.
Ambil masa 10 minit pada permulaan setiap hari untuk menguasai situasi anda dengan menyusun keutamaan anda dan aturkan hari anda secara rapi. Sentiasa jujur dengan rakan sekerja, beri kritikan membina dan berikan cadangan praktikal. Sentiasa bersikap realistik terhadap apa yang boleh anda ubah.
Thursday, November 3, 2016
TANDA AWAL KENCING MANIS
Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.
10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
🐜Paras gula darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
🐜Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
🐜Hilang berat badan secara tiba-tiba
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
🐜Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
🐜Luka lambat sembuh
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.
🐜Keletihan dan cepat marah
Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
🐜Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
Penglihatan kabur
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
🐜Sensasi pada tangan dan kaki
Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
🐜Kulit merengsa
Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
Hindari la sebelum ia terus melarat....
PENGEDAR SHAKLEE (COD) :
1 BANDAR TENGGARA,
2 KULAI,
3 KOTA TINGGI,
4 KLUANG,
5 INAS,
6 SIBOL,
7 PENGELI,
8 LINGGU,
9 ULU PENGGELI,
10 ULU BELITONG,
11 T6,
12 TAMAN IMPIAN
POS: KESELURUH MALAYSIA
NO FON : 0127390499
NO ID : 974671
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM
Luka Czer Sembuh Dengan Cepat
Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...
-
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5 KATEGORI : SUPERMOM SUCCESS STORY . TESTIMONI 3 : ZAINAB MUHAMMAD [TINGGALKAN BISNES FESYEN & K...
-
TESTIMONI SAKIT LUTUT SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4 TESTIMONI 40 : NADIA ABDUL KADIR . [ANDAI AKU BOLEH MEMBAHAGIAKAN] . M...