Wednesday, October 24, 2018

PENDAYUNG SAMPAN


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. pndayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang

pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.”

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”

Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.“Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.



Moral :

  1. Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
  2. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
  3. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi.
  4. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan (ke arah kebaikan)?


KISAH POKOK EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Moral:


Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.


Tuesday, October 23, 2018

PENYAKIT KAYAP


Kayap


Pengenalan

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

1.        Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
2.        Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.


selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Komplikasi


Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.
Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


  
Rawatan

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:
1.        Meredakan kesakitan
2.        Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
3.        Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.


Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
1.        Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
2.        Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac dan
3.        Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.
Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.




BELI SEKARANG KLIK DISINI!


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA

NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
IG : SHAKLEEATIKAH

TANDA-TANDA PENYAKIT HFMD


Adakah penyakit HFMD ini biasa terjadi di Malaysia?

Ya! Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit HFMD adalah wabak berkala di kalangan kanak-kanak.
Sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.

Bagaimana nak tahu jika bayi saya mengalami penyakit HFMD?







Bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat. 
Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. Anak anda juga boleh:
Lepuh akibat penyakit ini amat menyakitkan
Malah, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.




Adakah saya perlu menghubungi doktor jika saya mengesyaki anak mengalami penyakit HFMD?

Anda harus membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan doktor. Dalam kerana yang serius, anak anda mungkin perlu ditahan di hospital.
Walau bagaimanapun, jika demam anak anda melebihi 39 darjah C, dan tak reda selepas empat hingga lima hari – doktor perlu menyemak untuk jangkitan sekunder.
Hati-hati dengan tanda-tanda dehidrasi!
Kadang-kadang bayi tak mahu menyusu kerana lepuh dalam mulut menyakitkan. Jadi, jika bayi anda tak akan makan atau minum dan lampinnya tak basah dalam lebih daripada enam hingga lapan jam, hubungi doktor!

Bagaimana saya boleh menjaga bayi yang sakit akibat penyakit HFMD?

Anda perlu tunggu selama 7 hingga 14 hari untuk penyakit ini reda.
Tapi, jika virus sudah merebak ke tangan, kaki dan mulut, mungkin masa yang lama diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh menjaga bayi anda dengan cara ini:
  • Di bawah nasihat doktor anda, cuba tangguhkan pemberian paracetamol kepada bayi
  • Gel untuk pertumbuhan gigi juga boleh melegakan kesakitan bayi anda
  • Untuk mengela dehidrasi, terus beri susu badan, formula, atau air dan jus yang dicairkan untuk bayi yang sudah besar. 


Sebaik sahaja bayi saya pulih daripada menghidap penyakit HFMD, bolehkah dia dijangkiti semula?

Ya. Seperti selesema, bayi anda akan kebal kepada virus yang sudah menjangkitinya namun, masih banyak lagi virus penyakit tangan, kaki dan mulut.



BELI SEKARANG KLIK DISINI!


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA

NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
IG : SHAKLEEATIKAH




Saturday, October 20, 2018

PUNCA PENYAKIT KEBAS TANGAN DAN KAKI


AWAS BAHAYA SAKIT KEBAS!!


Ramai daripada kita tentunya selalu mengalami rasa kebas di jari, tangan dan kaki bukan?
Kadang sudah lama duduk bersila, bila kita berdiri kaki kita akan rasa kebas dan tidak boleh bergerak. Begitu juga bila kita tidur. Dengan sendirnya kaki kita akan rasa kebas jika posisi tidak betul.


PUNCA KEBAS

  • Masalah urat saraf, kecederaan pada saraf akibat daripada kemalangan atau terjatuh. 
  • Kencing manis dan darah tinggi menyebabkan kerosakan pada saraf perifer dan akan rasa kebas dan tangan akan rasa dingin
  • Tubuh kekurangan Vitamin B dan Vitamin B sangat penting untuk saraf
  • Kekurangan darah, berat badan berlebihan, wanita menoupose dan sesiapa sahaja yang kekurangan kalsium

PETANDA PENYAKIT KEBAS TANGAN DAN KAKI

  1. Kebas tangan - Pengaliran darah diatas badan tidak lancar
  2. Kebas tangan kiri dan lengan - tanda-tanda lemah atau sakit jantung 
  3. Kebas kaki - Pengaliran darah dibawah badan tidak lancar
  4. Sakit tapak kaki - Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan kekurangan senaman atau duduk terlalu lama.
  5. Sakit tumit kaki - Menunjukan kelemahan fungsi alat kelamin

DAPATKAN RAWATAN DOKTOR

Gangguan saraf seperti kebas ini dapat sembuh dengan sendirinya dan juga boleh bertambah teruk jika tidak dirawat dengan segera. Anda disarankan untuk membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu dan berjumpa dengan doktor untuk tahu kondisi sebenar penyakit anda.


VITAMIN SHAKLEE YANG SESUAI DENGAN PENYAKIT KEBAS TANGAN DAN KAKI


1. OMEGA GUARD - 
Memelihara fungsi-fungsi sendi & gout dengan efektif. Merupakan minyak ikan paling tulen didunia.

2. BCOMPLEX
Mengawal stress disamping melancarkan peredaran darah dengan mengawal darah tersumbat didalam saraf.

3. OSTEMARIX
Menguatkan tulang keretakan, memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas serta sakit sendi, memelihara metabolisma kerangka dan peprtumbuhan otot.

4. VIVIX
Mengurangkan inflamasi dan menyokong kesihatan sendi



BELI SEKARANG KLIK SINI!!


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA

NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
IG : SHAKLEEATIKAH






Monday, October 15, 2018

CARA TINGKATKAN BILANGAN SPERMA DENGAN BERKESAN

TINGKATKAN KUANTITI SPERMA!

Kuantiti sperma kurang? Sperma tidak berkualiti? Lelaki tak subur? Mahu salahkan siapa jika tidak punyai anak?


GOSIP MAKCIK BAWANG!!!

Biasakan kita dengar, jika pasang yang baru kahwin tapi belum di kurniakan zuriat siapa yang dipersalahkan? orang perempuan juga. Orang perempuan juga digelarkan mandul. Tak sihat.

Mulalah mencanag sana sini isteri simpulan tak beranak lagi... Kahwin dah lama tapi anak tiada. Semuanya salahkan orang perempuan.

Tapi pernah tak kita fikir tentang orang lelaki? Orang lelaki sanggup tak nak buat ujian kesuburan sekali? ke malu jika tahu diri masalah orang akan mengata!

Ketepikanlah perasaan atau senang citer EGO itu. Buatlah demi kebahagian rumahtangga. Demi keturunan kita sendiri. Sampai bila kita nk biarkan EGO itu menutupi kelemahan kita sendiri.

Kita kasi tutup itu MULUT MAKCIK BAWANG!... hihihi

LANGKAH PERTAMA


  • Kita perlu sama-sama buat pemeriksaan baik suami atau isteri.
  • kita kena kenal dulu punca sebenar kesuburan.
  • Bila kita sudah tahu punca dan masalah baru kita ikhtiar. 
  • Ikhtiar sama ada rawatan doktor atau ikhtiar dengan Suplement.



IKHTIAR DENGAN VITAMIN!



1. COQ TROL PLUS
COQ Trol Plus memang terbukti berkesan secara klinikal mampu meningkatkan pergerakan dan kuantiti / kualiti sperma.

Gambar rajah diatas menunjukan ujian yang telah dilakukan ke atas sekumpulan lelaki yang ada masalah kesuburan. Dimana mereka diberi makan Coq Trol Plus dan lihatlah hasilnya dalam masa 6.5 bulan bilangan sperma meningkat kepada 81% dan motility naik sebanyak 31%.

2. ZINC 

Kajian menunjukan kandungan Zinc dalam testi. Jadi zinc sangat penting bagi meningkatkan fungsi, kualiti, kuantiti sel sperma.



Pengambilan Zinc yang cukup dapat meningkatkan hormon testoteron dan menghasilkan sperma yang kuat.

3. OMEGA GUARD

Kajian menunjukan pengambilan asid lemak omega 3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan memelihara kesihatan otak dan sendi.
Omega Guard juga merupakan anti oksidan.

4. VITALEA

Multivitamin yang membantu melengkapkan nutrisi badan bagimemastikan kesihatan secara keseluruhan.

5. VITAMIN C 

Vitamin C antioksida yang sangat penting bagi memastikan sperma tidak rosak akibat radikal bebas, lagi-lagi jika lelaki itu merokok. Ia juga membantu meningkatkan imun badan bagi melawan penyakit.

6. BCOMPLEX

Vitamin yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga, vitamin anti stress yang dan lengkap dengan semua vitamin B dan folid asid yang sangat penting untuk kesihatan badan.


Yang penting Ikhtiarlah sama-sama. Jangan salahkan satu pihak saja. Kita perlu muhasabah diri dan perbaiki diri. Abaikan Makcik-makcik BAWANG!. Mereka tiada di tempat kita. Mereka tidak tahu perasaan kita.

Jom doakan pasang ini dikurniakan Zuriat yang secepat mungkin. Ada rezeki "mereka". Allah nampak usaha mereka.


BELI SEKARANG KLIK DISINI!!


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA

NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
TEL / WASSAP : www.wassap.my/60127390499
IG : shakleeatikah





Saturday, October 6, 2018

TIPS DIMURAHKAN REZEKI




Kita sering mengeluh apabila tidak cukup duit! Kita sering mengeluh bila duit da mula surut!
Tapi apa tindakan kita sebenarnya? Saya akan kongsikan apa yang selalu lakukan.

TIPS DI LIMPAHKAN REZEKI




1. Banyakan Istighfar kepada Allah.

 Cubalah kita Istighfar sekurang-kurangnya 100x sehari. Tapi lebih baik jika dapat istighfar 1000x sehari. Istighfar dengan penuh keyakinan, keinsafan dan keredhaan, Percayalah kita akan rasa tenang dan kita secara automatik akan rasa ganjaran dari Allah. Jika boleh selepas sembahyang Magrib sebelum berdoa kita istighfarlah. Istighfar tanpa henti tenangkan hati. Insha Allah kita akan lebih tenang dan selesa.




2. BERDOA 
  
 Pernah ada seorang ustaz berkata pada saya " doa yang paling mustajab adalah doa kepada ibubapa tanpa henti. Walaupun hanya sedekahkan AlFatiha saja. Percayalah rezeki kita tidak akan terputus malah sentiasa mengalir macam air.. "





3. BERSEDEKAH

 Janganlah kita bersedekah jika kita berduit. Tapi disaat kita kesempitan bersedekahlah walaupun hanya Rm1. Jika tidak mampu jua, Sedekahkanlah AlFatiha kepada kedua ibubapa, keluarga kita. Itupun merupakan sedekah.


KISAHKU....

Ok ini saya kongsikan cerita saya dimana Allah ketika itu sedang menguji saya. Ketika itu saya buntu. Tak tahu nak mulakan dari mana. Sehingga la selepas saya solat magrib, saya tarik nafas panjang-panjang dan saya mulakan beristighfar. Saya mula Beristighfar tanpa henti sehingga la saya mengalirkan air mata. Didalam saya beristighfar itu saya minta pada Allah untuk lampangkan hati saya, ampunkan dosa saya, limpahkan rezeki saya dan permudahkan segala urusan saya. Bila kita baca istighfar dengan yakin secara automatik air mata kita mengalir... Mengalir dengan laju.... 

Selepas genap 1000x secara automatik saya terhenti, terasa tenang dan lapang dada saya.
Saya tak berhenti dgn istighfar saja, Saya teruskan sedekahkan AlFatiha kepada kedua ibubapa saya. Saya baca sehingga saya berasa tenang dan lapang baru saya berhenti.

Sedekah. Yes. Setiap awal pagi sebolehnya saya akan hadiahkan AlFatiha kepada suami, ibubapa. ibubapa mertua, famili dan orang sekeliling. Sebab itu sedekah paling besar ganjaran nya. 
Selain sedekahkan AlFatiha, saya juga akan pastikan belanja famili, kawan-kawan dalam seminggu tak besar kecik pun jadilah. Mesti sedekah.

Dengan 3perkara yang saya lakukan ini. Allah berikan saya satu persatu rezeki yang tak di sangka. kadang-kadang tu saya rasa itulah nikmat yg saya dapat. Allah Maha Adil. Jika kita banyak memberi dan ingat pada Allah. Pasti Allah akan igt kita.

Ini perkara asas bagi saya dan mesti saya lakukan setiap hari. Selain itu kita perlu solat 5 waktu, Solat Dhuha, Solat Hajat, Solat Tahjud.

Malah tips ini pun saya lakukan jika saya dalam kebuntuan, dalam dilema, dalam kesusahan, dalam keperitan atau dalam teranaiya. 

Yang penting yakin setiap kali kita lakukan. Allah akan tunjukan satu persatu, Allah akan beri satu persatu.

"Tiada yang mustahil"


















Friday, October 5, 2018

VITAMIN C SHAKLEE

VITAMIN C!! YES VITAMIN C SHAKLEE : KEISTIMEWAAN, KEBAIKAN DAN TESTIMONI


Vitamin C Shaklee


Entry kali ni, Tikah akan kongsikan Keistimewaan, Kebaikan dan Testimoni Vitamin C Shaklee yang menjadi pilihan ramai. Vitamin C Shaklee ini adalah Vitamin yang paling laku dan di sukai ramai.
Nama sebenarnyaVitamin C Shaklee ini ialah Sustained Release Vita C Plus.




vitamin c murah
menggalakan kesihatan gigi, gusi, tulang



Apakah Vitamin C ?

Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan fungsi utama adalah antioksidan. Ia juag penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C sangat penting pada tubuh tapi tubuh tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri. Maka kita perlu mengambilnya dari makanan harian ataupun makanan tambahan.

Vitamin C Shaklee - Keistimewaan


  • Vitamin Semulajadi yang diperbuat dari Ekstrak Jagung
  • Sesuai untuk yang ada masalah perut sensetif
  • Sistem pelepasan berperingkat - melepaskan 500mg dalam Vitamin C dalam masa 5jam, untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C dalam badan dan mengurangkan pembaziran.
  • Setiap table Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan biji buah oren termasuk kulitnya sekali
  • Ujian klinikal membuktikan pengambilan Vitamin C Shaklee dalam 2 table jarak masa 5jam mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24jam
7.5 biji buah oren

Kebaikan Vitamin C


1. Vitamin C untuk Kulit :

  • Meransang pembentukan Collagen dalam badan
  • Melindungi Collagen dari kerosakan
  • Mengurangkan kerosakan kulit dari sinaran matahari
  • Mencerahkan kulit secara sekata
  • Memperbaiki kulit yang berjerawat
  • Mencegah dan mengurangkan pigmentasi penyebab utama jeragat
  • Pemulihan luka, melecur dan ulser
  • Berfungsi sebagai agen anti radang
Penghasilan kolagen
2. Vitamin C untuk Kesihatan

  • Meningkatkan sistem imun
  • Memperbaiki insomnia
  • Meningkatkan tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah penyakit buta akibat katarak
  • Mencegah batu karang pundi hempedu
  • Mengekalkan kolestrol dan tekanan darah yang sihat
  • Memperbaiki stress dan masalah mental
  • Memperbaiki masalah resdung 
Menurunkan tekanan darah


3. Vitamin C untuk Perangi Kanser

  • Meningkatkan interferon semulajadi tubuh untuk meransang pengeluaran T-cells melawan kanser, membuang kimia merbahaya dan menghapus radikal bebas
4. Vitamin C untuk Gout

  • Mengurangkan risiko penyakit gout
  • Menurunkan paras asid urik


APAKA AKAN TERJADI JIKA BADAN KURANG VITAMIN C?

  • Mudah selsema
  • Mudah bersin
  • Mudah demam
  • Kulit kasar
  • Mudah stress
  • Wajah nampak tua dari usia
  • Anemia
  • Luka lambat sembuh
  • Collegan semakin berkurang
  • Gusi berdarah, bengkak
  • Rambut bercabang
  • Hidung berdarah
  • Kulit berkedut


TESTIMONI














BELI SEKARANG KLIK DISINI!!


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA

NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
IG : shakleeatikah






Luka Czer Sembuh Dengan Cepat

Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...