Thursday, October 19, 2017

HILANGKAN PARUT KEMALANGAN

TESTIMONI HILANGKAN KESAN PARUT

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 31 : ROHAIDA NANYAN
.

[LUKA AKIBAT KEMALANGAN PULIH DENGAN CEPAT DAN TIDAK MENINGGALKAN PARUT]
.

Tragedi suami kemalangan semasa aktiviti riadah berbasikal menuruni bukit 4 tahun lepas masih terbayang lagi.
.

Bahagian muka beliau luka-luka akibat tersagat tanah merah, selepas sahaja cuci luka beliau, saya terus suggest vitamin untuk kulit dan beliau mengambil vitamin-vitamin ini secara konsisten sebab risau luka-luka ini akan meninggalkan parut.
.

Takut la tu satg kureng la kehenseman beliau. Bersemangat beliau snap pic nak tengok perubahan dari sehari ke sehari, huaaaaaa
.

Ternyata cepat proses pemulihan luka di wajah beliau, dah hensem balik.
.

Start dari hari itu beliau mula jatuh cinta dengan Shaklee, haaaaaa nampak semakin elok dan tiada parut. Lebiu lah Shaklee 

ESP, VITA C, BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI



PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM




TIPS SUSU IBU MERIAH

TESTIMONI SUSU IBU BANYAK
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 30 : SAKINAH MD SANURI
.

[PROSES PENYUSUAN LEBIH MUDAH DENGAN BANTUAN SET MENYUSU SHAKLEE]
.

Assalammualaikum. Saya Sakinah Md Sanuri. Seorang Suri Rumah Tangga dan baru memiliki seorang anak 10 bulan yang lalu.
.

Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang proses menyusukan anak.
.

Habis sahaja pantang saya cuba untuk makan jamu atas nasihat ibu dan mak bidan. Tapi malangnya badan saya tak sesuai dengan jamu. 
.

Saya alami sembelit yang teruk dan susu badan juga menjadi kering. Niat asalnya untuk pulihkan peranakan dan kembalikan tenaga tapi sebaliknya berlaku. Badan saya jadi makin letih dan mula rasa tertekan.
.

Yang lebih menyedihkan anak saya seolah-olah tidak puas menyusu dan selalu meragam. Saya cuba cari solusi dengan mencari produk yang betul-betul berkualiti.
.

Hasil carian melalui laman sesawang, rata-rata mengesyorkan untuk mencuba Produk Shaklee. Melihat kepada testimoni dan kandungan produk saya tertarik untuk mencuba.
.

ESP, ALFALFA & OSTEMATRIX adalah Set Menyusu Shaklee yang saya cuba pada waktu itu.
.

Selepas seminggu amalkan Set Menyusu Shaklee ini, anak saya lebih kenyang bila menyusu. Tapi pada waktu itu masih tak dapat lihat perubahan pada diri kerana niat asalnya hanya untuk bantu proses penyusuan sahaja.
.

Lepas sebulan, tiba-tiba suami tegur perubahan pada diri saya. Katanya streachmark pada bahagian perut saya dah semakin pudar dan kulit saya dah tidak kusam lagi seperti waktu mengandung.
.

Rupa-rupanya Alfalfa dah membantu tubuh saya untuk menyahtoksin (detox) dari dalam badan. Kesannya, badan saya rasa lebih ringan dan bertenaga. Jerawat juga tidak tumbuh lagi.
.

ESP pula merupakan sumber protein terbaik, ianya menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan tisu badan yang lebih sihat. Oleh sebab itu kulit saya jadi semakin sihat, tidak lagi kusam dan streachmark semakin pudar.
.

Memang betul-betul berbaloi saya laburkan duit saya untuk Shaklee. Dalam satu produk ada banyak khasiat dan kelebihan.
.

Contohnya, saya beli set penyusuan untuk bantu proses menyusu anak, tapi hasil yang saya dapat adalah lebih daripada yang saya harapkan.
.

Kulit jadi cantik, badan sentiasa bertenaga, streachmark hilang, tidak ada lagi masalah sebelit dan anak puas menyusu.
.

Dan sekarang saya juga amalkan Vitamin C dan Bcomplex. Untuk bantu tingkatkan antibodi dan menstabilkan emosi.
.

Ibu-ibu selepas bersalin yang ada masalah sama macam saya jomlah cuba produk Shaklee. Diyakini selamat dan semulajadi.Sesuai untuk bayi anda.
.

Inilah serba sedikit pengalaman saya bersama produk Shaklee. Kalau tidak betul-betul berkesan saya tak akan Share pada orang ramai.
.

Semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu diluar sana.


ESP, ALFAFA, BCOMPLEX, OSTEMATRIX, BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI



PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM



Wednesday, October 18, 2017

VITAMIN KANAK-KANAK

VITAMIN KANAK-KANAK

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 32 : HARTINI ZULAIKHA
.

[TIDAK LAGI KERAP KE KLINIK SELEPAS ANAK-ANAK KONSISTEN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum...apa khabar semua?
Nama kak enan noor hartini binti md saad tapi lebih dikenali dengan hartini zulaikha.
.

Alhamdulillah kali ini kak enan nak berkongsi pengalaman kak enan disaat menjaga anak-anak yang sering demam di awal usia mereka setahun.
.

Sebagai ibu sudah pasti saat anak demam kita tak mampu untuk berehat maupun meninggalkan anak yang tidak sihat dengan pengasuh bukan. Sebagai ibu yang bekerja memang hati jadi sungguh walang bila melihat anak-anak yang tidak sihat dirumah pengasuh. Keadaan mereka buat kita menjadi runsing dan sangat sedih.
.

Dahulu anak-anak kak enan kerap demam dan selsema ,boleh dikatakan setiap bulan pasti akan buat lawatan ke klinik untuk bertemu doktor bagi mendapatkan rawatan. Bila salah seorang dari anak kak enan demam akibat tonsil membengkak ,keadaan demamnya merisaukan lagi kak enan. Segala petua semua kak enan buat tapi bila malam menjelma suhu badannya boleh mencecah sehingga 40 darjah...huhuhu. Kadang-kadang sehingga seminggu keadaan berlarutan dan 2,3 klinik bertukar-tukar untuk dptkan ubat yang serasi dengan anak kak enan ni. Saat ni duit bukan lagi ukuran ,malah kesihatan anak yang lebih penting.
.

Sehinggalah kak enan bertemu dan mula mengenali shaklee ...keadaan berubah..pada awal kak enan kenal shaklee hanya dengan set penyusuan dimana kak enan ingin menyusukan anak yang ke 3 secara lebih ekslusif dengan ingin tingkatkan kesihatan kak enan yamg sering lesu dan cepat letih.
.

Dari situ kak enan mula bekalkan supplement untuk anak-anak kak enan juga terutamanya nutriferon, chewable vita c dan vitalea kids.
Alhamdulillah dengan konsisten amalkan vitamin ni untuk anak-anak ,sangat banyak perubahan yang kak enan dapati pada anak-anak kak enan.
.

Bila sesekali nak diserang demam maupun selsema kak enan akan berikan nutriferon secepatnya untuk anak-anak kak enan . Alhamdulillah demam atau selsema tidak akan berlarutan malah anak-anak kekal sihat dan cergas..
.

Sekarang nutriferon memang menjadi pengganti ubat demam dan selsema pada anak-anak kak enan . Malah demam tonsil bengkak jarang lagi dihidapi oleh anak kak enan ni. Klinik juga sudah jarang kak enan singgah kecuali apabila anak-anak demam berlarutan...syukur ya Allah..
.

Asbab amalkan supplement shaklee dan menjaga pemakanan, anak-anak kak enan kurang dah diserang demam yang berpanjangan. Alhamdulillah ..walau bagaimanapun segala kesembuhan itu tetap milik Allah ,kita hambanya hanya berikhtiar dan berusaha untuk sentiasa sihat menjaga amanah yang diberikan olehNya.
.

Satu pesan kak enan...janganlah kita terlalu berkira didalam menyediakan makanan tambahan seperti supplement ini untuk anak-anak dan ahli keluarga kita kerana nilai sihat tidak dapat dibeli dgn wang ringgit malah tiada tukar gantinya..



NUTRIFERON, VITALEA FOR CHID, BANDAR TENGGARA, KULAI, KOTA TINGGI, KLUANG


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


Cara Hilang Kudis Buta

TESTIMONI KUDIS



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 33 : NAJIHAH RAZALI
.

[KUDIS BERANSUR SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN HERBAL BLEND SHAKLEE]
.

Kira-kira 2 bulan lepas, Aqeef macam kene kudis . Habis satu badan naik bintik-bintik besar mcm chicken pox.
.

Gatal sangat dan dia tak tahan jadi setiap masa menggaru sahaja. Doktor kata sebab eczema dia jugak. Eczema dia mmg agak terkawal sebelum ni. Sedikit kat leher kalau terlalu berpeluh.
.

Kesian sangat sebab satu badan kena, muka je takde. Memang dah macam chicken pox je rupa dia.
.

Dan lagi menyedihkan lagi, baju dan seluar memang penuh dengan kesan darah. Sampaikan cikgu tegur dan ada yang kasi pelbagai petua.
.

Ibu ikhtiar dengan Herbal Blend.

Ibu istiqomah kan diri, sapu Herbal Blend pagi petang kat seluruh badan Aqeef, ayah pun sentiasa pastikan kuku dia pendek supaya tidak la teruk kesan kalau dia menggaru lagi.
.

Nampak perubahan yang besar dah. Tak aktif dah kudis tu, takde dah peristiwa berdarah, cuma meninggalkan parut la sebab memang agak teruk dia menggaru dulu. Sekarang misi nak menghilangkan parut pulak.
.

Sebenarnya, semasa kami bawa jumpa doktor, doktor ada beri ubat makan dan ubat sapu tetapi tiada perubahan. Mujur ada alternatif lain dan ya, ini salah satu #ShakleeEffect keluarga kami.

HERBAL BLEND, BANDAR TENGGARA, KULAI, KOTA TINGGI, KLUANG



PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


Tuesday, October 17, 2017

PETUA HILANGKAN KOTORAN DI KOLAR BAJU

TESTIMONI HILANGKAN KOTORAN DI KOLAR BAJU

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 34 : NADIAH
.

[TUGAS MEMBASUH BAJU DI RUMAH JADI LEBIH MUDAH DENGAN BASIC H]
.

Assalamualaikum. Nama saya Nadiah. Ibu kepada 3 orang anak lelaki. Saya nak kongsikan testimoni saya tentang satu produk Shaklee kegemaran saya seisi keluarga iaitu Basic H.
.

Alhamdulillah, sejak kenal dengan Basic H ni memang hidup jadi semakin mudah hehe. Tapi betul. Hari-hari anak balik sekolah, jenuh umi nak kena sental semua baju diorang. Terutama dibahagian leher, lengan baju dan hujung seluar baju melayu. Dengan masam peluhnye, dengan daki, kesan minyak keropok lekor, sos..macam-macam la kan budak2 ni. Kasut putih pun dah tukar kelabu, coklat..hitam pun ada.
.

Kalau dulu, kotoran macam ni saya akan sental. Tangan pun lenguh, baju pun haus, kasut pun cepat rosak, kita pun emo hehe. Tapi sekarang dah mudah, saya titiskan je basic h dikawasan yang kotor, rendam sekejap..semalaman pun takpe. Lepas rendam, kalau jenis yg perlu cuci tangan macam kasut tu, saya berus sikit je. Kalau baju pun tengok la degree kotor..kalau yang hitam sangat tu saya akan berus sikit jugak..kalau tak, saya mintak je bibik jepun tolong basuh. Insyallah bersih semuanya.
.

Basic H memang best. Saya guna juga Basic H untuk mop lantai & lap meja. Basic H ni boleh beli loose, boleh beli dalam set Get Clean. Dalam set ni ada Dishwash (selamat untuk basuh botol susu baby), Fresh Laundry (sabun basuh baju yang selamat untuk baju baby) & Soft Fabric (softener). Best tau, yang penting semua dalam set ni safe, powerful & green.


BASIC H, BANDAR TENGGARA, KULAI, KOTA TIGGI, KLUANG


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


IKHTIAR HAMIL

TESTIMONI IKHTIAR HAMIL



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 35 : NORSHAHIDAH SAFFANA
.

[PENANTIAN UNTUK HAMIL SELAMA 2 TAHUN BERAKHIR SELEPAS IKHTIAR DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Saya Norshahidah Saffana binti Mohd Nor. Seorang Jururawat dan ibu kepada 2 orang anak iaitu Iyad Dzulfiqar 3tahun dan Idlan Harith 21hari.
.

Testimoni kali ini saya ingin kongsikan tentang penantian saya untuk hamil selepas 2tahun perkahwinan saya dan suami Mohd Ikhtisyamuddin bin Abd Rashid.
.

Saya dan suami diijabkabulkan pada 03 Mac 2012. Sejak dari tarikh kami diijabkabulkan,saya berusaha untuk mendapatkan zuriat yang pertama memandangkan ramai diantara rakan sebaya saya telah disahkan hamil.
.

Setiap bulan saya mengharapkan ada berita baik. Sehinggakan setiap hari saya mengadu kepada suami yang saya inginkan zuriat pertama.
.

Setelah hampir setahun lebih berusaha,saya terbaca testimoni set kesuburan Shaklee di laman sosial dan saya nekad untuk mencubanya.
.

Saya terus mencuba Set Kesuburan Shaklee iaitu ESP dan GLA untuk saya,manakala Vitamin E dan Zinc untuk suami. Saya dan suami memang konsisten amalkan set kesuburan ini.
.

Pada Ogos 2013 saya telah disahkan hamil anak yang pertama. Bermula dari set kesuburan shaklee saya terus jatuh cinta untuk mencuba dengan set kehamilan shaklee.
.

Alhamdulillah sekarang anak saya yang pertama berusia 3tahun 6bulan.. Saya juga amalkan set kehamilan shaklee ketika mengandung anak yang ke 2..
.

Kawan-kawan yang berusaha untuk hamil boleh ikhtiar mencuba set kesuburan shaklee ini..
.

Alhamdulillah inilah sebahagian dari #shakleeeffectsaya.


ESP, GLA, VITA C, BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI

PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


Monday, October 16, 2017

LUTUT RETAK

TESTIMONI RETAK DI LUTUT


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 36 : RATNA YA'ACOB
.

[RETAK DI LUTUT KEMBALI BERCANTUM SELEPAS AMALKAN OSTEMATRIX SHAKLEE]
.

Ibu saya jatuh dan retak lutut dua hari sebelum Ramadhan, nasihat doktor supaya ibu saya berehat dan untuk pulih mengambil masa dalam 6 bulan.
.

Alhamdulillah, dengan pengambilan 4 biji Ostematrix sehari retak di lutut ibu saya bercantum selepas 4 bulan dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.
.

Kesan lain seperti mudah tidur, lawas dan kebas-kebas di tangan ibu saya juga turut hilang dengan pengambilan magnesium.
.

Sebagai anak melihat ibu saya sihat dan cergas adalah perkara terindah.

OSTEMATRIX, BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI



PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


HILANGKAN CONTENGAN DI DINDING


TESTIMONI HILANGKAN CONTENGAN DI DINDING

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 37 : SHARIFAH ALHABSYIEE
.

[BASIC H MUDAHKAN TUGAS IBU HAPUSKAN CONTENGAN DI DINDING]
.

Assalamualaikum, saya Sharifah Nurulkamariah, ibu kepada 2 orang anak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan basic H Shaklee.
.

Dah jadi lumrah rumah penuh dengan contengan bila ada anak yang mula pandai menulis dan melukis, saya juga tidak terkecuali dari itu. Tiap hari pasti ada contengan di merata-rata tempat terutama tempat yang kadang-kadang tu saya sebagai ibu pun tak terjangka.
.

Ada satu hari, saya terlihat contengan di dinding bersebelah katil dengan perkataan ‘ALEESHA’ dengan permenant marker pen warna merah pula, ni tak lain tak bukan contengan dari si kakak. Nak marah pun, dah contengkan apa boleh buat lagi. Masa tu saya kehabisan stok basic h, jadi lama juga la contengan tu bertepek di dinding. 
.

Baru-baru ni, kebetulan ada order dari kawan, jadi saya orderkan sekali dengan basic H. Malam tu juga saya sediakan bancuhan basic H dan letakkan dalam bekas spray siap-siap untuk kemudahan akan datang. Bukan apa, jika tak dibancuh siap-siap macam ni, mau sebotol terus basic H habis ditangan mereka berdua.
.

Berbekalkan 1 botol spray dan kain lap, saya minta kakak (6tahun) dan adik (5tahun) untuk bersihkan contengan tersebut. Dengan tak sampai 30minit tulisan tu dah pudar tanpa sentalan yang kuat pun. Ya la anak kecil lagi yang sental kita boleh tahu kudrat mereka kan. Contengan tersebut hilang, dan paling mengejutkan tiada sebarang perubahan pada cat di dinding tersebut. 
.

Ada juga yang cadangkan kepada saya untuk sapukan tinner pada contengan tersebut, tapi bimbang pula kalau-kalau bahan tersebut merbahaya pada anak-anak. Jadi paling selamat saya hanya mengunakan Basic H untuk masalah saya. 
.

Alhamdulillah, kini tugas mencuci contengan di dinding lebih mudah dihilangkan dengan basic h dan boleh juga jimatkan masa ibu-ibu semua. Saya dah cuba, anda bila lagi?


BASIC H, BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI





PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


Sunday, October 15, 2017

LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

TESTIMONI LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 38 : NURAINY MD JALI
.

[LUKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN DAN VITAMIN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum w.b.t. Saya Nurainy bte Md Jali merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Ammar Izzariel bin Mohamad Izat. Kisah Anie jatuh hati dengan Shaklee bermula selepas lahirkan anakanda tercinta. 
.

Semasa dalam tempoh berpantang hari yang kesembilan, Anie diduga mengalami pendarahan pada luka pembedahan. Setiap pergerakan menyebabkan darah keluar daripada luka jahitan tersebut. Risau keadaan menjadi lebih serius, suami Anie pun membawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor, tiada apa-apa yang serius dan minta supaya Anie pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk cuci luka tersebut pada setiap hari selama seminggu.
.

Setelah hampir seminggu masih lagi terdapat darah yang keluar dari luka tersebut tetapi hanyalah sedikit sahaja. Walaupun sedikit Anie tetap risau. Mulalah mencari penawar untuk luka sembuh. Selepas banyak yang Anie jumpa dalam Google, Anie buat keputusan untuk membeli Vita-Lea, ESP dan Sustained Released Vita-C Plus. Bermula dari kisah itu Anie pun mendaftar sebagai ahli. Alhamdulillah dalam satu minggu konsisten pengambilan kesemua suplemen dan vitamin itu, luka pembedahan Anie jadi kering dan beransur pulih. Tiada lagi pendarahan.
.

Kemudian, Anie mula menambah koleksi suplemen dan vitamin yang lain iaitu Alfalfa Complex, Ostematrix, Omega Guard dan B- Complex sehinggalah lengkap Set Penyusuan Anie. Alhamdulillah, asbab pengambilan set ini susu jadi pekat dan meriah. Anak cepat kenyang dan jarang sangat meragam. Jika waktu bekerja Anie akan menjalankan dua sesi untuk mengepam susu untuk pastikan bekalan susu anak sentiasa cukup. Alhamdulillah sepanjang dua tahun berjaya menyusukan anak tanpa putus bekalan. Walaupun hakikatnya terdapat pelbagai halangan yang mendatang.
.

Pengambilan ESP setiap pagi menjadikan susu lebih pekat, apabila pekat anak akan rasa cepat kenyang. Miss B pun cepat penuh tau sepanjang pengambilan set lengkap menyusu ini. Bonus yang Anie perolehi ialah berat kembali seperti sebelum hamil. Inilah#shakleeeffects yang Anie alami. Kesemua ini membuatkan Anie mendapat bekalan tenaga yang berpanjang serta kekal aktif sepanjang hari.
.

Hinggalah sekarang, Anie masih lagi mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin Shaklee tersebut pada setiap hari walaupun pada 11 September 2017 Anie telah berjaya menyusukan penuh Ammar Izzariel tanpa tambahan susu formula. 
.

Alhamdulillah terima kasih Allah dan Shaklee sebab membantu Anie dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan. Anie dah alami #shakleeeffects, anda bila lagi?

ESP, ALFAFA, VITA C BANDAR TENGARA, KULAI, KOTA TINGGI, KLUANG




PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


ULSER MULUT / MATA IKAN

TESTIMONI ULSER MULUT


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 39 : SILAWATI EILA
.

[ULSER MULUT SEMBUH DENGAN CEPAT HASIL KONSISTEN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE]

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabr semua? Nama saya Nor Silawati binti Ngah. Saya lebih dikenali sebagai Cik Laa dikalangan rakan-rakan FB terutama rakan-rakan SID.
.

Untuk kali ini, Cik Laa ingin berkongsi #shakleeeffectCik Laa sejak mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX.
.

Cik Laa mempunyai berat badan di bawah BMI yg sepatutnya iaitu under weight. Dengan ketinggian 154cm, berat badan Cik Laa hanyalah 41kg ke 43kg. Masalah biasa bagi orang yang kurang berat badan ni ialah selalu mengalami ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan.
.

Beberapa tahun dahulu, ulser mulut merupakan sesuatu yang mengganggu hidup Cik Laa. Kenapa mengganggu? kerana Cik Laa akan terkena ulser mulut hampir setiap bulan. Sejak dari sekolah rendah, memang sentiasa ada ulser di bibir, di gusi dan paling sakit di anak tekak atau lelangit.
.

Sekali terkena, dua atau tiga biji. Paling sakit bila dia tercantum dan jadi satu luka yang sangat besar. Kadang kala tidak boleh makan, sukar bercakap dan membawa kepada sakit gigi dan sakit kepala. Tempoh masa untuk baik mengambil masa dua ke tiga minggu. Pernah sampai Cik Laa ke klinik sebab tidak tahan sakit ulser tersebut. Ubat titik Oral Aid Lotion beli kat farmasi adalah teman baik Cik Laa.
.

Hasil daripada pembacaan Cik Laa, ulser ni terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah, kekurangan zat besi, mewarisi daripada ibu bapa, stress, kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi, serta masalah haid dan perubahan hormon yang mendadak.
.

Apa yang Cik Laa perasan, mungkin sebab sistem imun yang rendah, kekurangan zat besi, kurang nutrisi, stress serta masalah hormon adalah penyebab kepada masalah ulser mulut Cik Laa ni. Sebab Cik Laa memang ada resdung, eczema dan masalah period yang tidak teratur.
.

Pada bulan Ogos 2013, Cik Laa mula mengamalkan Shaklee iaitu Set Resdung. Alhamdulillah, resdung Cik Laa semakin baik dan tidak mengganggu Cik Laa lagi dan Cik Laa perasan, sejak Cik Laa mengamalkan ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC, Cik Laa sudah jarang terkena ulser mulut.
.

Yang mula-mula menegur Cik Laa adalah emak. Emak cakap emak dah tak dengar Cik Laa mengadu pasal ulser mulut. Kalau dulu Cik Laa akan mengadu sakit mulut, pastu bila terkena ulser Cik Laa jadi sedikit pendiam, sebab sakit bila nak bercakap. Makan pon jadi kurang selera.
.

Bila mak tegur, Cik Laa pon baru perasan dan rasa sangat bersyukur. Bila di ingat balik, mungkin asbab konsisten 4 vitamin itulah menjadikan Cik Laa tidak lagi diganggu masalah ulser mulut dan Cik Laa perasan, jika terjadi lagi ulser tu, dalam masa tiga ke lima hari, ulser akan baik sndiri. Tidak seperti sebelum ini dalam dua minggu ke tiga minggu baru baik. Alhamdulillah...
.

Bagaimana vitamin-vitamin ini membantu Cik Laa mengatasi masalah ulser mulut? Seperti yang Cik Laa beritahu tadi, ulser mulut terjadi di sebabkan beberapa faktor. Apabila konsisten vitamin-vitamin tersebut, faktor yang menyumbang kepada ulser mulut dapat dielakkan.
.

Sebagai contoh ESP, iaitu protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir Cik Laa. Selain itu, Zinc juga sangat membantu dalam penyembuhan luka tapi sekakarang Zinc takde stok. Boleh ganti dengan Vitalea kerana dalam Vitalea jugak ada kandungan zinc.
.

Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Apabila sistem imunisasi badan Cik Laa kuat, ia dapat menghalang daripada berlakunya ulser mulut.
.

B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan Cik Laa kerana B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.
.

Alhamdulillah, Cik Laa sangat bersyukur kerana hasil konsisten vitamin-vitamin Shaklee, Cik Laa dapat mengatasi masalah yang mengganggu hidup Cik Laa selama ini. Walau nampak ulser mulut tu sesuatu yang kecil, tetapi ia sangat mempengaruhi emosi dan aktiviti seharian kita.
.

Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah seperti Cik Laa, Cik Laa sangat mengesyorkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita kerana ia adalah selamat, semulajadi dan sangat berkesan. In Syaa Allah, kita tidak akan menyesal dengan Shaklee Effect yang kita dapat nanti.

Jom kita sama-sama tingkatkan kualiti kesihatan kita agar kualiti hidup kita jugak meningkat. Amin.. Alhamdulillah. Ini Shaklee Effect Cik Laa. Terima kasih Allah dan terima kasih Shaklee.

ESP, ALFAFA, BCOMPLEX, ESP, BANDAR TENGGARA, KULAI, KOTA TINGGI, KLUANG



PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM



SAKIT OSTEOARTHRITIS

TESTIMONI SAKIT LUTUT


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 40 : NADIA ABDUL KADIR
.

[ANDAI AKU BOLEH MEMBAHAGIAKAN]
.

Ma KakYa..

74 tahun, tok pada 20 orang cucu, 3 nak masuk 4 orang cicit.

Ma KakYa ada masalah darah tinggi, kolesterol tinggi dan advanced bilateral knee osteoarthritis (lutut kurang minyak gris yang teruk).
.

Untuk masalah osteoarthritis ma, KakYa dah cuba intraarticular injection (cucuk dekat lutut). Ok, ada perubahan, tapi ma KakYa tak nak buat lagi. Sakit katanya.
So ma lagi suka telan pil.
.

Teringat awal-awal dulu masa KakYa mula-mula kenal shaklee ni.

Nak beli set gastrik dan set menyusu untuk KakYa.

Tapi masa tu, dealer KakYa kata, kalau tambah sikit saja, dapat free membership + cash back.
Untung, tak payah bayar untuk daftar ahli.
.

Tanpa pikir panjang, KakYa pun tambah set sendi untuk ma (ostematrik, omega dan AJHT), sekarang AJHT dah tak ada stok di Malaysia dan set kanak-kanak untuk Hanina dan Nabila (meal shakes, chewable vitamin c.
Masa ni vitalea kids tak ada lagi).
.

Ingat lagi KakYa, lepas 3 hari ma makan set sendi, lutut ma bengkak sampai ma tak boleh nak jalan.

'Ubat bende laa ya wi ma makang ni'.. kata ma KakYa.
(Bahasa Terengganu ni. Hihi).
.

Tapi masa tu KakYa dah study dah.
Dah tahu pasal body adjustment etc.
So tak adalah nak gelabah.

'Ma makang je ma.. dia nak bekki lutut ma tu'.. confident jawab.

.

Ma KakYa pun makan laa..
Lepas seminggu, bengkak hilang.

Lepas 2 minggu ma kata..

'Molek ubat ning, lutut ma dok ketat doh..'
(Lutut dah tak ketat bila nak lipat)
.

Start dari hari tu, setiap kali nak habis set sendi dia, ma akan bagitau KakYa untuk restok.
😊

Hari ini, lutut ma masih sakit, tapi ma dah tak bergantung pada ubat tahan sakit dah.

Ma boleh solat tanpa kerusi.

Cuma bila nak jalan jauh-jauh memang tak boleh laju-laju macam kita lah.

Sebab tu kalau pi mana-mana, ma guna kerusi roda.
.

Ada 1 masa tu, time tu KakYa kat Sg Petani ni, kak ipar KakYa telefon bagitau ma KakYa tak boleh berjalan sebab lutut bengkak.

Mengesot je dua ke bilik air
😭

Sedih sangat masa tu.

KakYa telefon ma. KakYa paksa dia makan VIVIX.

Amik megadose.

Dan alhamdulillah..

Dengan izinNya, 2 hari lepas tu KakYa telefon lagi, ma bagitau dia dah boleh berjalan.

Bengkak dah surut.
.

Mulai hari itu, ma KakYa konsisten makan VIVIX.

Sebelum ni dah penat KakYa suh dia makan.
.

Sampai setiap malam sebelum tidur, KakYa suruh Hanina & Nabila bawak VIVIX dan sudu bagi ke tok diorang.
Kalau tak, memang dia tak makan.

Alasan ma KakYa..

Tak apa laa.. VIVIX mahal sangat..
😏

Ni bila dia dah konsisten VIVIX, alhamdulillah.
Nampak banyak sangat perubahan pada ma KakYa.
.

Makan makin berselera.
Dia makin ada tenaga.
Makin ceria.
Lutut dah kurang sakit katanya.

Sekarang..

KakYa bekalkan ma KakYa VIVIX, OMEGAGUARD, VITALEA & OSTEMATRIX.
.

Mak kita, ayah kita.
Kadang bila kita tanya, diorang memang cakap tak apa laa, tak payah laa..

Sebab diorang sebolehnya tak nak susahkan kita.

So, kita jangan tanya.

Kita beli dan hadiahkan untuk diorang.
.

Bila diorang konsisten makan, diorang dapat rasa#shakleeeffect tu, insyaAllah diorang akan teruskan makan.

Especially VIVIX.
Memang sangat sesuai untuk mak ayah kita.

Tugas kita..

Kita beli, hadiahkan & ingatkan diorang setiap hari untuk makan.
.

Siapa lagi nak hadiahkan mereka kalau bukan kita?

Bagi KakYa, bisnes shaklee ni sebenarnya bukan hanya nak sihat diri sendiri atau poket sendiri saja.

Tapi it is beyond that.

Nak semua ahli keluarga, orang sekeliling dan semua orang rasai #shakleeeffect tu sendiri.
.

So kalau adalah awak-awak yang baca ni teringin hadiahkan sesuatu untuk orang tersayang, apa kata hadiahkan lah mereka suplemen shaklee.

.

Semoga Allah panjangkan usia ma KakYa dan diberi kesihatan yang baik selamanya. Aaminn

VIVIX, BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI



PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


Saturday, October 14, 2017

CERGAS KETIKA HAMIL

TESTIMONI SET CERGAS IBU MENGANDUNG


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 41 : NAJIHAH ABDUL MUTALIB
.

[BERPUASA DENGAN CERGAS DAN BERTENAGA WALAUPUN KETIKA SARAT HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK]
.

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Nama saya ialah Najihah Abdul Mutalib, seorang ibu bekerjaya dan mempunyai 6 orang anak termasuk sepasang kembar. Perkenalan saya dengan Shaklee bermula sejak sebelum saya hamil anak ke-5 iaitu kira-kira lebih lima tahun yang lalu. Alhamdulillah setelah 5 tahun saya mengamalkan suplimen dan produk Shaklee yang lain, banyak kesan yang telah saya serta keluarga rasai sejak dulu hingga kini.
.

Alhamdulillah, kali ini saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi#shakleeeffect yang saya sendiri alami terutamanya ketika hamil atau ketika tempoh penyusuan anak. Saya percaya ramai di kalangan ibu-ibu hamil dan menyusui anak sering menghadapi masalah keletihan atau kurang cergas dan kurang bermaya terutamanya jika kita berpuasa wajib mahupun sunat. Dulu saya juga sering mengalami masalah ini. Keletihan melampau atau kurang bermaya dan kadang-kadang boleh membawa kepada pedih ulu hati serta muntah-muntah kerana berpuasa ketika sarat hamil mahupun ketika tempoh menyusukan anak.
.

Walaupun adanya rukhsah atau keringanan tertentu yang diberikan kepada kaum ibu terutamanya ibu hamil (untuk berbuka puasa), namun kita pun pastinya tidak suka untuk berbuka puasa begitu sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab untuk berikhtiar menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu. Kekadang, bila situasi ini berlaku, saya jadi tidak bersemangat untuk melaksanakan sebarang jenis tugasan yang diberi, asyik nak tidur je kerjanya. Dah tu, bila rasa letih dan anak-anak kecil pula datang mengganggu, dan mulalah selepas itu rasa macam nak marah, stress dan seumpamanya.
.

Alhamdulilah, selepas saya mengambil Set Mighty Three Gems Shaklee, saya perasan bahawa masalah yang saya hadapi itu tiada lagi. Saya tidak lagi berasa lemah longlai, sakit kepala dan sakit ulu hati selepas saya mengambil ESP Protin Soya Shaklee, Meal Shakes dan Perfomance Drink. Kebiasaannya, saya mengambil set vitamin ini ketika bersahur dan juga waktu berbuka puasa. Malahan, sebenarnya set ini bukan sahaja bagus diambil oleh ibu hamil atau menyusu tetapi juga boleh diamalkan oleh kanak-kanak, warga emas dan semua golongan masyarakat.
.

ESP Shaklee berfungsi untuk mengembalikan tenaga kita yang telah hilang dan mengekalkan rasa kenyang itu untuk satu tempoh yang agak panjang. Selain itu, ESP dapat mengurangkan rasa lapar dan ia juga amat kaya dengan 9 Asid Amino lengkap yang amat diperlukan oleh tubuh. Gabungan antara ESP dan Meal Shakes amat membantu memberikan rasa kenyang yang lama dan berpanjangan kepada tubuh kita. Sementara pengambila Performance Drink pula amat membantu mengekalkan cecair yang diperlukan oleh tubuh dan secara tak langsung dapat mengurangkan rasa dahaga yang melampau.
.

Sebenarnya Set Mighty Three Gems ni amatlah sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan bukan hanya ketika berpuasa sahaja. Saya sendiri sampai sekarang masih minum vitamin-vitamin ini untuk memberi tenaga yang banyak digunakan sehari hari. Tambahan pula saya ni mempunyai 6 orang anak yang masih kecil dan bekerja pula, sudah semestinya tubuh badan akan merasa letih jika tidak dijaga sebaiknya. Saya juga memberi anak-anak minum vitamin-vitamin ini terutamanya ketika bersahur kerana ia amat membantu mengurangkan rasa letih anak-anak dan dapat membantu mereka meneruskan puasa hingga selesai.
.

Kini, minumam pemberi tenaga ini terutamanya ESP telah menjadi minuman kegemaran kami seisi keluarga. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana membuka hati saya untuk mencuba vitamin Shaklee. Kepada anda yang mempunyai masalah letih-letih badan, lemah dan tidak bermaya sama ada ketika hamil atau tidak, menyusukan atau tidak, atau semua golongan sekalipun bolehlah mencuba ESP, Meal Shakes dan Performance Drink Shaklee ini. InsyaAllah pasti ia dapat menyelesaikan masalah anda dan yang penting sekali SHAKLEE adalah SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.
ESP, MEALSHAKE, PERFORMANCE, BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI




PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM


PENYAKIT OCD

TESTIMONI OCD

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 42 : NAJAH BAHIR
.

[KAWAL STRESS DENGAN BCOMPLEX]
.

Saya seorang yang bole juga dipanggil OCD..so apabila melakukan saya sangat pentingkan kesempurnaan n 'crash my head' untuk melakukan yang terbaik. Bagi saya kalau tak dapat lakukan sesuatu terbaik, baik tak payah buat langsung
.
.

Pada masa yang sama saya juga sejenis yang risau kalau saya ada melukakan hati orang dengan kata-kata atau perbuatan. Disebabkan itu, saya menjadi seorang yang 'overthinking'. Jadi saya selalu sakit kepala. Perkara ni menjadi lebih teruk pada 2011,apabila keluarga saya menghadapi satu kejatuhan ketika ada masalah syarikat pada masa yang sama saya juga berkerja.
.

Jadi saya memang jadi serabut dan banyak berfikir sehingga saya boleh rasakan urat kepala merentap mungkin kerana stress.. Tapi alhamdulillah saya masih dapat kawal stress dan masih rasional mungkin kerana masih menjaga hubungan dengan Allah dan ada suami disisi untuk mendengar keluhan namun sy da dapat rasakan saya selalu berdebar-serabut n urat merentap dikepala apabila saya banyak memikir..
.

Saya sangat bersyukur pada 2012,selapas melahirkan anak pertama saya berjumpa dengan Shaklee..sebenar saya beli ESP untuk banyakkan susu maklumla kerja audit selalu kesana kemari xsempat nak mengepam mengikut masa dan sentiasa bergerak. Ditambahkan lagi saya sambung belajar master pada masa yang sama saya menjadi lebih stress untuk bahagikan masa..Sejak mengenali Shaklee saya terbaca tentang vitamin 'antistress' Shaklee iaitu B-Complex.
.

Stress ni jika tidak dibendung dan diurus akan membawa padah dan menyebabkan penyakit lain. Dengan kesedaran itu, saya cuba mengambil Bcomplex sebijik setiap hari dan saya dapat rasakan perbezaan saya tidak lagi sakit kepala seperti dulu sampai sekarang tiada lagi rentapan di kepala, jantung saya tidak lagi sentiasa berdebar dan tak mudah serabut .. .

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah saya rasa tenang dan boleh uruskan stress dan emosi dengan lebih baik berbanding dulu terutama sekali semasa hendak menghadapi peperiksaan.
.

Maklumla saya juga bekerja pada masa yang sama menguruskan keluarga dan anak dimana merupakan sesuatu yang agak mencabar bagi saya. Setiap kali saya rasa stress je saya akan telan B-compleks. Saya bukan seorang yang suka akan ubat atau supplement tetapi saya percaya dengan Shaklee setelah mencuba ESP dan saya dapati shaklee mengeluarkan vitamin yang organik dan telah membuat banyak kajian sebelum sesuatu produk itu dikeluarkan serta ada KKM dan Halal Jakim.
.

Saya ingin menyeru rakan-rakan sekalian agar janganlah kita terlalu berkira didalam mendapatkan makanan tambahan seperti supplement ini untuk kesihatan diri kita dan keluarga.
.

Dan juga jangan juga mengambil enteng terhadap kesihatan terutamanya stress ni kerana ia akan memudaratkan dan menyesal dikemudian hari. Tambahan, sekarang banyak sangat penyakit datangnya daripada stress dan salah satu daripadanya adalah 'anxiety disorder' yang agak popular sekarang.
.

Hati- hatinya rakan-rakan, Stress ini pembunuh dalam senyap. Ayuh, sama-sama kita menjadi kesihatan kita.
Mencegah lebih baik daripada mengubati..


BCOMPLEX, BANDAR TENGGARA, KULAI, KOTA TINGGI, KLUANG



PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM




PENYAKIT HFMD

TESTIMONI HFMD

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 43 : HASMIMIE ARRFIN
.

[HFMD ANAK BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN VITAMIN SHAKLEE]
.

Pada 22 november tahun lalu, kakak saya bagitau anak buah dh seminggu xlalu makan minum pun merenget sebab dalam mulut die habis melepuh. Bila pergi klinik doc sahkan adik terkena jangkitan hand foot mouth disease (hfmd). Selama itu jugak lah adik asyik terbaring je takselincah seperti biasa.
.

Ikutkan plan asal minggu tu family nak naik bas ke KL bagi menghadiri kenduri kahwin kawan kakak di tapi disebabkan keadaan adik yang tak mengizinkan plan terpaksa di tukar kakak drive sebab kesian tengok anak xsihat. Nanti meragam dalam bas 1 hal pulak.
.

Selaku mak sedara yang belum ada ank,berbekalkan pengalaman & testimoni kawan2, saya nekad nak ikhtiar bagi Nutriferon kt adik. Lagipun dah banyak saya baca testimoni kawan-kawan yang mana anak kena HFMD bagi anak makan Nutriferon.
.

Alhamdulillah kebetulan mmg ade stok nutriferon kat rumah. Jadi saya mintak kakak bagi adik makan nutriferon buat mcm makan serbuk gula-gula je tanpa bancuh air. Mintak pandangan kawan-kawan, diorag cakap kalau budak-budak 1/2 sachet dah memadai tapi saya terlalu excited n nk adik cepat sembuh saya bg 1 sachet terus. puas berpujuk jugak la nk srh makan, macam-macam umpan alhamdulillah mengena
.

Keeseokan harinya tengok adik relaks mkn kerepek yang keras sedangkan malam sebelumnya minum air pon sakit. Alhamdulillah percubaan saya bg nutriferon kt adik berjaya. Dekat kenduri pon dah boleh makan, dalam kereta pon dah boleh menyanyi-nyanyi bagai tak macam masa mula-mula sampai asyik merengek je.
.

Semenjak dari itu saya mintak kakak konsisten bg Nutriferon kt anak buah. Bila rasa nk demam ke,selsema ke cepat-cepat bagi makan Alhamdulillah xsempat nak melarat sakitnya. Adik pon dh pandai kalau nak demam terus mkn nutriferon,pastu die ckp adik dah cihat,adik mkn cateli
😆
.

kawan-kawan jom simpan nutrifron kt umh..nutriferon membantu meningkatkan imun kita sekeluarga. Nutriferon meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
.

pemakanan tambahan nutriferon yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.


SHAKLEE BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI





PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA :

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
NO TEL : 0127390499
COD : BANDAR TENGGARA, KULAI, KLUANG, KOTA TINGGI
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID

BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM

Luka Czer Sembuh Dengan Cepat

Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...