Wednesday, November 7, 2018

Bisness shaklee

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5

KATEGORI : SUPERMOM SUCCESS STORY
.

TESTIMONI 3 : ZAINAB MUHAMMAD

[TINGGALKAN BISNES FESYEN & KOSMETIK KERANA JATUH CINTA SHAKLEE]
.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya Wan Zainab Bt Wan Muhammad, berusia 31 tahun dan merupakan salah seorang Shaklee Biz Leader sejak 2013 dan bernaung di bawah Supermom, GNT,GM dan juga Ireach. Saya juga merupakan Founder kepada Group Shaklee saya sendiri iaitu Rezeki Sihat Group (RSG).
.

Sebelum terjebak dengan Shaklee, saya merupakan seorang penjawat awam dan peniaga online kecil-kecilan. Saya berhenti kerja pada tahun 2012 kerana tidak sanggup berjauhan dengan keluarga. Bisnes online saya bermula pada tahun 2010 selepas saya menamatkan pengajian di Universiti.
.

Bisnes online hanyalah part time, pada siang hari saya bekerja sebagai Pelatih di Pusat Urusan Zakat.  Saya menjual kain pasang, handbag, purse dan blouse secara atas talian.
.

Pada tahun 2011, saya ditawarkan bekerja di Lembaga Lebuhraya Malaysia dan menamatkan kontrak pada tahun 2012. Bisnes online saya terhenti seketika sewaktu saya bekerja di LLM kerana tidak sempat untuk uruskannya.
.

Balik kampung, saya meneruskan semula bisnes online saya dan offline dengan membuka kiosk dalam kedai makan kakak saya. Saya masih lagi menjual Handbag, dan menambah produk kosmetik di kiosk saya. Modal tinggi tetapi untuk tidak seberapa kerana system ejen yang tidak telus.
.

Pada Mei 2013, saya melahirkan anak sulong dan pada masa itu mengamalkan set berpantang Shaklee. Seterusnya, ditawarkan untuk menjual produk Shaklee. Pada permulaan bisnes Shaklee, saya sangat teruja kerana Pelan Perniagaan yang Shaklee tawarkan berbeza dengan bisnes yang saya jalankan.
.

Pelan perniaagan Shaklee sangat adil kerana modal serendah RM68.90 sahaja, berbanding dengan bisnes yang saya buat sebelum itu, modal mengikut jumlah barang yang saya ambil. Untuk menjadi stokis juga terpaksa meminjam untuk jadikan modal.
.

Kemudian, saya perlahan-lahan  tinggalkan bisnes fesyen & kosmetik. Saya mula focus 100% kepada Shaklee dan pada Disember 2013, saya Berjaya Rank Up ke Supervisor dengan pendapatan 4 angka. Pendapatan yang sama dengan gaji saya sewaktu bekerja di jabatan kerajaan.
.

Dalam bisnes ada pahit dan ada manisnya. Ketika saya mula-mula menjalankan bisnes Shaklee, saya diuji dengan bantahan saudara kerana produk Shaklee berasal dari Amerika. Tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk teruskannya. Kadangkala segala perlian, saya telan sahaja.
.

Banyak lagi halangan lain sepanjang bisnes Shaklee. Saya pernah down selama setahun kerana sikap saya sendiri. Alhamdulillah syukurlah tidak lama dan saya berjaya bangkit semula.
.

Walaupun saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, saya tidak memilih pekerjaan dan saya mulai jatuh cinta terhadap bisnes dan produk Shaklee.
Pelan bisnes yang Shaklee tawarkan sangat adil. Bonus bulanan diberikan dan keuntungan runcit yang sangat menguntungkan.
.

Pada tahun 2014, saya mendapat Anugerah Star Award daripada Shaklee, untuk kategori New Rank Achievement.  Seterusnya, saya naik rank Senior Supervisor dan melahirkan seorang Supervisor yang merupakan seorang pelajar Universiti.
.

Dengan bisnes Shaklee banyak perkara baru yang saya pelajari dan ramai mentor yang ikhlas untuk mengajar saya dalam menjalankan bisnes ini.  Malahan mereka sanggup terbang ke Terengganu semata-mata hendak berjumpa dengan kami.
.

Apa yang buatkan saya setia dengan Shaklee, saya dapat kebebasan masa dan dapat bersama keluarga setiap masa. Dengan hasil Shaklee juga, saya belikan emak sebentuk cincin emas, supply vitamin untuk emak, belikan emak sofa baru dan dapat gembirakan keluarga saya. Walaupun saya tak bekerja di luar seperti orang lain, saya puas dan gembira.
.

Selain itu. Shaklee berikan kelas kesihatan percuma, program bersama upline, Kelas secara online dan terbaru, saya merupakan seorang mentor untuk Projek Duit Extra GNT dibawah seliaan Mami Salwa Ishak.
.

April 2018 yang lepas, saya juga diberikan peluang oleh Supermom, untuk menyertai Trip Supermom ke Jakarta, dan yang seronoknya saya dapat mengenali Shaklee Jakarta. Itulah kali pertama saya menaiki pesawat, kali pertama memiliki passport dan kali pertama menjejakkan kaki ke luar Negara.  Terima kasih Supermom atas peluang yang diberikan. Oh ya, Trip Ke Jakarta adalah bonus untuk mereka yang menyertai Supermom Shaklee Story.
.

Melalui Shaklee, lifestyle saya juga berubah mengikut prinsip Shaklee, makan secara sihat, bersenam & pengambilan suplemen secara bijak. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang 5 tahun dengan Shaklee.
.

Saya bangga menjadi working at home mother Shaklee Business dan banyak kelebihannya yang saya dapat. Saya dapat menjaga anak sendiri di rumah, dapat menguruskan rumahtangga dan yang penting dapat menjana pendapatan hanya dari rumah.
.

Saya juga memiliki Small Office Home Office saya sendiri di rumah. Di situlah tempat kerja saya setiap hari dirumah. Suami sediakan satu bilik untuk dijadikan ruang pejabat kecil saya.
.

Bisnes Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang ingin bekerja dari rumah kerana tidak perlu simpan stok, tidak perlu keluar rumah dan sentiasa mendapat permintaan pelanggan serta syarikat yang kukuh. InshaAllah saya akan terus setia dengan bisnes ini dan ingin membantu lebih ramai lagi surirumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
.

Terima Kasih Allah. Terima kasih mentor-mentor saya & terima kasih Shaklee.


1 comment:

  1. Merkur Review - Merkur Review 2021 | SEGA Casinos
    Merkur is one of the most reputable and well-known brands in the gaming industry. jeetwin We 메리트카지노 review Merkur 메리트카지노 with bonus, banking options,

    ReplyDelete

Luka Czer Sembuh Dengan Cepat

Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...