APA ITU TIBI ATAU MUDAH DIKENALI SEBAGAI BATUK KERING?
Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering
digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis,
yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB
miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.
Di Malaysia,
penyakit Ttibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada
penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945
hingga 1957. [1] Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk
kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64
kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar
insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak
sepuluh tahun lepas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang
diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap
jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada
mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat
dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak
mendapat imunisasi BCG.
WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan
sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam
masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang
dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat
dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada
kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-
·
Pendatang asing secara haram tidak
disaring daripada penyakit ini.
·
Pesakit lambat atau tidak mendapatkan
rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit
sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit
daripada terus menular di Malaysia.
Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di
tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.
TANDA-TANDA DIHADAPI PENYAKIT
·
Batuk berdarah atau berkahak.
·
Sakit di bahagian dada.
·
Lemah dan keletihan.
·
Susut berat badan.
·
Kehilangan selera.
·
Menggigil.
·
Demam.
·
Berpeluh waktu malam.
MEREKA MUNGKIN DISERANG :
Menyerang tidak kira kaum, bangsa
atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
·
Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
·
Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
·
Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering
yang tinggi.
·
Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
·
Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
·
Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.
CARA BATUK KERING MEREBAK
Batuk kering merebak melalui udara.
Apabila penghidap bercakap, batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria
dalam udara akan dihidu orang sekeliling.
Apabila seseorang menghidu bakteria
batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar
serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.