Sistem
imuniti boleh diibaratkan sebagai perisai atau tentera di dalam badan kita. Ia
bertindak melawan jangkitan, pelbagai jenis penyakit yang bakal menurunkan
kualiti kesihatan kita. Tanpa pertahanan terhadap sistem imuniti ini, virus,
bakteria, parasit, toksin dan lain-lain patogen berbahaya akan mudah menyerang
badan kita. Justeru itu, kita badan akan mudah menjadi lemah dan sakit.
Sistem
imuniti tubuh kita ni bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Memang langsung
tak berhenti sebab serangan terhadap sistem imuniti kita ni sentiasa ada. Kita
je tak perasan sebab ianya terlalu halus, berbentuk micro-mekanisma.
Apabila
badan dah tak boleh nak lawan atau dah berada di tahap yang agak serius serta
di luar kemampuan tubuh, baru kita mula rasa tak selesa, rasa tak sedap badan
pun ye.
Antibiotik Bertindak Melawan Kuman
Selalunya kalau kita terkena jangkitan kuman, virus,
patogen dan sebagainya, doktor akan berikan antibiotik kan? Antibiotik perlu
diambil dengan aturan masa yang betul, dose yang betuk dan mesti
dihabiskan dalam tempo tertentu.
Jika tidak,
ia akan menyebabkan “resistance” iaitu apabila serangan yang sama
berlaku pada waktu lain, antibiotik berkenaan tidak lagi berkesan (potent)
untuk kita.
Pendek kata, bakteria, virus atau patogen sudah tak
menjadi kudis atau tak lemah dengan antibiotik tersebut.
Apakah Interferon?
Interferon ialah bahan semulajadi yang dihasilkan
oleh setiap sel badan dan ianya hanya akan aktif apabila sel-sel dijangkiti
oleh mikrob, sel kanser, virus, kuman, patogen dan sebagainya.
Secara ringkasnya, interferon bertindak membantu
melindungi tubuh dari serangan ribuan penceroboh asing yang boleh melemahkan
tubuh dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Apa yang menariknya, interferon ini telah ditemui
oleh pakar imunologi yang terkenal dunia, Dr. Yosuhiko Kojima di Universit
Tokyo pada tahun 1954. Hasil ujian dan penyelidikan beliau selama 40 tahun
setelah menguji beratus sebatian semulajadi, Dr. Kojima telah berjaya menemui 4
campuran unik elemen semulajadi yang menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran
semulajadi interferon.
Daripada hasil ujian beliau jugalah, maka diwujudkan
Nutriferon yang merupakan satu-satunya suplemen perlindungan di US yang
menggalakkan interferon secara semulajadi.
Apakah nutriferon
Nutriferon merupakan suplemen berpaten yang akan
bertindak sebagai penggalak sistem imun tubuh (immune booster). Ia merupakan
suplemen yang hebat dan efektif dan telah melepasi set-set ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan,
keberkesanan dan semulajadi.
Bahan-bahan Utama Nutriferon
Nutriferon dihasilkan dengan gabungan unik ekstrak 4
jenis tumbuhan semulajadi:-
antibiotik semulajadi
1) Biji Plantago (Plantago Asiatica)
Mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida
yang digunakan untuk merangsang sel-sel imun.
2) Bunga Safflower (Carthamus Tinctorius)
Mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah
putih yang akan memusnahkan virus dan kuman.
3) Ekstrak Biji Labu (Cucurbita Moschata)
Mendorong pengeluaran interferon semulajadi di dalam
tubuh. Juga sebagai penentang radikal bebas ( yang sering menjadi punca kanser)
4) Kuntuman Bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera
Japanica)
Digunakan dalam perubatan Asia. Sangat baik
digunakan untuk melawan pencerobohan virus dan kuman.
No comments:
Post a Comment