Sunday, November 6, 2016

Rawatan Rambut Gugur


Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua. Sekiranya anda mengalami masalah rambut, dapatkan panduan dan penyelesaian yang berguna bagi menyelamatkan mahkota anda.  

Ok lah, apa yang saya jumpa nak kongsi kat sini, supaya kakak-kakak dan abang-abang selamat daripada gejala keguguran rambut ini.
Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya
Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Berikut adalah antara punca yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.

2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.

3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.

6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

No comments:

Post a Comment

Luka Czer Sembuh Dengan Cepat

Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...