Saturday, October 6, 2018

TIPS DIMURAHKAN REZEKI




Kita sering mengeluh apabila tidak cukup duit! Kita sering mengeluh bila duit da mula surut!
Tapi apa tindakan kita sebenarnya? Saya akan kongsikan apa yang selalu lakukan.

TIPS DI LIMPAHKAN REZEKI




1. Banyakan Istighfar kepada Allah.

 Cubalah kita Istighfar sekurang-kurangnya 100x sehari. Tapi lebih baik jika dapat istighfar 1000x sehari. Istighfar dengan penuh keyakinan, keinsafan dan keredhaan, Percayalah kita akan rasa tenang dan kita secara automatik akan rasa ganjaran dari Allah. Jika boleh selepas sembahyang Magrib sebelum berdoa kita istighfarlah. Istighfar tanpa henti tenangkan hati. Insha Allah kita akan lebih tenang dan selesa.




2. BERDOA 
  
 Pernah ada seorang ustaz berkata pada saya " doa yang paling mustajab adalah doa kepada ibubapa tanpa henti. Walaupun hanya sedekahkan AlFatiha saja. Percayalah rezeki kita tidak akan terputus malah sentiasa mengalir macam air.. "





3. BERSEDEKAH

 Janganlah kita bersedekah jika kita berduit. Tapi disaat kita kesempitan bersedekahlah walaupun hanya Rm1. Jika tidak mampu jua, Sedekahkanlah AlFatiha kepada kedua ibubapa, keluarga kita. Itupun merupakan sedekah.


KISAHKU....

Ok ini saya kongsikan cerita saya dimana Allah ketika itu sedang menguji saya. Ketika itu saya buntu. Tak tahu nak mulakan dari mana. Sehingga la selepas saya solat magrib, saya tarik nafas panjang-panjang dan saya mulakan beristighfar. Saya mula Beristighfar tanpa henti sehingga la saya mengalirkan air mata. Didalam saya beristighfar itu saya minta pada Allah untuk lampangkan hati saya, ampunkan dosa saya, limpahkan rezeki saya dan permudahkan segala urusan saya. Bila kita baca istighfar dengan yakin secara automatik air mata kita mengalir... Mengalir dengan laju.... 

Selepas genap 1000x secara automatik saya terhenti, terasa tenang dan lapang dada saya.
Saya tak berhenti dgn istighfar saja, Saya teruskan sedekahkan AlFatiha kepada kedua ibubapa saya. Saya baca sehingga saya berasa tenang dan lapang baru saya berhenti.

Sedekah. Yes. Setiap awal pagi sebolehnya saya akan hadiahkan AlFatiha kepada suami, ibubapa. ibubapa mertua, famili dan orang sekeliling. Sebab itu sedekah paling besar ganjaran nya. 
Selain sedekahkan AlFatiha, saya juga akan pastikan belanja famili, kawan-kawan dalam seminggu tak besar kecik pun jadilah. Mesti sedekah.

Dengan 3perkara yang saya lakukan ini. Allah berikan saya satu persatu rezeki yang tak di sangka. kadang-kadang tu saya rasa itulah nikmat yg saya dapat. Allah Maha Adil. Jika kita banyak memberi dan ingat pada Allah. Pasti Allah akan igt kita.

Ini perkara asas bagi saya dan mesti saya lakukan setiap hari. Selain itu kita perlu solat 5 waktu, Solat Dhuha, Solat Hajat, Solat Tahjud.

Malah tips ini pun saya lakukan jika saya dalam kebuntuan, dalam dilema, dalam kesusahan, dalam keperitan atau dalam teranaiya. 

Yang penting yakin setiap kali kita lakukan. Allah akan tunjukan satu persatu, Allah akan beri satu persatu.

"Tiada yang mustahil"


















No comments:

Post a Comment

Luka Czer Sembuh Dengan Cepat

Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...