Penyakit Asma atau lelah merupakan
penyakit
immunologi yang
menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma,
keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di
dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami
pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran
udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan
berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Asma di kalangan
kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah
kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya,
penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh
apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang
menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia
lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus
akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus
lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan
sembuh.
Patogenesis
Masalah utama kelihatannya
sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma
menunjukkan keradangan melampau di laluan udara.
Epidemiologi memberikan
bukti kepada patogenesis : serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh
dunia; asma lebih biasa di negara kaya, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang
berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.
Satu teori adalah ia merupakan
penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria
sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1
sistem imunisasi yang mengendalikan serangan jangkitan bakteria. Jika
perangsang tidak mencukupi (sebagaimana, kemungkinannya dalam persekitaran
bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain terbentuk. "Hipotesis
Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai peningkatan
asma dikalangan penduduk kaya.
Teori lain yang berkait dengan
di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri daripada
sesetengah parasit, seperti cacing pita. Limfosit Th2 dan sel
eosinophil yang membantu kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung
jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara barat parasit sebegini jarang dijumpai
tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan
orang oleh sesetengah alahan.
Teori ketiga menyalahkan
peningkatan asma ke atas pencemran udara. Sungguhpun diketahui secara meluas
bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan
serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung
jawab bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara
menurun dengan jelas dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma
meningkat.
Pencetus biasa serangan asma
termasuk:
·
alahan dihidu seperti kutu habuk (house
dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang
peliharaan
·
udara sejuk
·
senaman
·
jangkitan sistem pernafasan
·
tekanan emosi
·
aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu
penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.
Supplement yang sesuai di ambil :
Omega Guard
- Anti inflamasi, Anti radang
Nutriferon
- Aktifkan interferon
-Semulajadi tubuh
- Immune Booster
PENDEGAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA , KULAI
-- > NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
-- >NO ID : 974671
-- > NO. TEL : 012-7390455
-- > FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
-- > IG : TIKA_KHALID
-- > BLOG : TERATAKKEKASIHKU.BLOGSPOT.COM
-- > COD : BANDAR TENGGARA
-- > COD : KULAI, KOTA TINGGI DAN KLUANG ( AKAN DI KENAKAN CAJ PENGHANTAR MENGIKUT JARAK)
-- > POS : SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment