![]() |
Penyakit Gout merupakan sejenis penyakit yang
disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Asid urik adalah
merupakan bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein dipanggil
purin.Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui
pembuangan air kencing (urine).
Untuk
pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul
dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh
berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan
tangan, siku dan jari.
Penyakit
gout juga merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia,
sejak zaman dahulu kala lagi. Pada waktu dahulu penyakit gout boleh menyebabkan
kemudaratan serta kecacatan, tetapi dengan adanya kemajuan dalam bidang
perubatan, penyakit gout kini boleh dikawal samada secara perubatan moden atau
penawar gout .
1.
Penyakit gaut kebiasaanya menyerang
ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki
akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
2.
Serangan selalunya berlaku secara
tiba-tiba, kerap kali semalaman.
3.
Sendi yang diserang menjadi bisa
sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
4.
Sakit mungkin berlarutan
berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
5.
Sakit mungkin menyerang kembali
selepas berminggu atau bulan.
6.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain
seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
7.
Benjolan akan timbul dekat sendi
serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin
kelihatan seperti kapur
8.
Pengumuhan air kencing yang lebih
banyak dan kerap.
9.
penyakit gout ini juga boleh berlaku
dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam
keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu
kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air
beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
10.
bila tengah malam iaitu pesakit
merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan
mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan
kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit
Supplement Shaklee yang dicadangkan ialah :
Alfafa
- Menyahtoksinkan dari badan secara semulajadi dan selamat,
- Ia turut menyingkirkan asid urik dalam badan
Omega Guard
- Memberi keselesaan pada sendi
Performance Drink
- mengekalkan kandungan cecair didalam badan
No comments:
Post a Comment