Tuesday, May 9, 2017

TESTIMONI KENCING MANIS






"Assalamualaikum. Saya Puan Noriah dari Serom. Saya nk tanya tentang produk shaklee yang boleh bantu saya. Saya ni penghidap kencing manis."

Itulah permulaan whatsapp yang Puan Noriah hantar pada saya. Puan Noriah menghidapi penyakit kencing manis sejak 20 tahun yang lepas. Selepas beberapa bulan melahirkan anaknya yang bongsu. Ubat hospital dah berkebat makan. Suplemen lain juga dah bermacam-macam jenis beliau cuba. Namun masih tetap sama. Tiada yang bertambah baik.

Puan Noriah ni ibu kepada salah seorang customer saya, iaitu adik Afiq. Mulanya adik Afiq ambil vitamin Shaklee (ESP, Vitamin C dan alfalfa) untuk masalah kulit yang dia hadapi. Dan lepas tahu tentang keistimewaan Vivix yang dah bantu ramai pesakit kencing manis, akhirnya mak Afiq terus whatsapp saya untuk mencuba Vivix.

Saya ke rumah mereka dan terangkan secara details tentang Vivix untuk membantu masalah yang beliau hadapi. Dan dalam masa yang sama, saya consult juga cara pemakanan harian yang sepatutnya Puan Noriah jaga.

Kasihan juga saya melihat keadaan Puan Noriah. Matanya dah mula kabur, tak berapa nampak. Terpaksa ada orang pegang. Mungkin ada sarafnya yang dah terkesan akibat kencing manis. Kaki dan tangannya juga bisa-bisa dan selalu kejang.

Semoga ikhtiar dengan Vivix memberikan kesihatan yang lebih baik.untuk beliau. Aminnn... Saya sentiasa doakan customer-customer saya supaya lebih sihat.

Bila saya sering berhadapan dengan orang-orang yang ada masalah kesiahatan yang berat, saya jadi insaf. Saya sedar yang tanggungjawab saya sebagai pengedar Shaklee sangat besar. Membantu orang lain untuk mendapat kesihatan yang lebih baik.

#SupermomShakleeStory #KempenSelfieBukuHT3S4

No comments:

Post a Comment

Luka Czer Sembuh Dengan Cepat

Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...