Kayap
Pengenalan
Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya
sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama
penyakit ini adalah:
1.
Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana
ketahanan sistem imun berkurangan dan
2.
Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab
seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan
kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan
menghidapi penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella
zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi
penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini
berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia
menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf
tersebut.
Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia
lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di
bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom
tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80%
pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah
tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul
gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut
berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh
dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa
1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
selalunya doktor akan dapat mengenali
penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi
penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian
badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa
tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat
diagnosa penyakit ini.
Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya
tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong
air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut.
Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang
lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan
sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit
untuk jangka masa berpanjangan.
Jika kayap melibatkan bahagian muka,
ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada
saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman
termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
Setelah tanda-tanda kulit sembuh,
bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain
lazimnya adalah post
herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat
saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut
selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65
tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit.
Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan
menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf
tunjang).
Rawatan
Tujuan-tujuan utama rawatan adalah
untuk:
1.
Meredakan
kesakitan
2.
Mengurangkan
tempoh masa penyakit tersebut dan
3.
Mengelakkan
komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Beberapa kaedah meredakan kesakitan
penyakit ini termasuklah:
1.
Menyapu
ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
2.
Menggunakan
ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)
seperti diclofenac dan
3.
Menggunakan
ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
Penggunaan ubat antiviral dalam masa
beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu
mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan
jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir
dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu.
Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk
berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan
ubat antiviral intravena.
Pesakit dengan penyakit kayap pada
bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera
daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit
tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.
Vaksin bagi menghalang penyakit
herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada
kontraindikasi kepada vaksin tersebut.
BELI SEKARANG KLIK DISINI!
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA
NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
IG : SHAKLEEATIKAH
NO. TEL : www.wassap.my/60127390499
No comments:
Post a Comment