Tuesday, October 23, 2018

TANDA-TANDA PENYAKIT HFMD


Adakah penyakit HFMD ini biasa terjadi di Malaysia?

Ya! Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit HFMD adalah wabak berkala di kalangan kanak-kanak.
Sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.

Bagaimana nak tahu jika bayi saya mengalami penyakit HFMD?







Bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat. 
Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. Anak anda juga boleh:
Lepuh akibat penyakit ini amat menyakitkan
Malah, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.




Adakah saya perlu menghubungi doktor jika saya mengesyaki anak mengalami penyakit HFMD?

Anda harus membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan doktor. Dalam kerana yang serius, anak anda mungkin perlu ditahan di hospital.
Walau bagaimanapun, jika demam anak anda melebihi 39 darjah C, dan tak reda selepas empat hingga lima hari – doktor perlu menyemak untuk jangkitan sekunder.
Hati-hati dengan tanda-tanda dehidrasi!
Kadang-kadang bayi tak mahu menyusu kerana lepuh dalam mulut menyakitkan. Jadi, jika bayi anda tak akan makan atau minum dan lampinnya tak basah dalam lebih daripada enam hingga lapan jam, hubungi doktor!

Bagaimana saya boleh menjaga bayi yang sakit akibat penyakit HFMD?

Anda perlu tunggu selama 7 hingga 14 hari untuk penyakit ini reda.
Tapi, jika virus sudah merebak ke tangan, kaki dan mulut, mungkin masa yang lama diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh menjaga bayi anda dengan cara ini:
  • Di bawah nasihat doktor anda, cuba tangguhkan pemberian paracetamol kepada bayi
  • Gel untuk pertumbuhan gigi juga boleh melegakan kesakitan bayi anda
  • Untuk mengela dehidrasi, terus beri susu badan, formula, atau air dan jus yang dicairkan untuk bayi yang sudah besar. 


Sebaik sahaja bayi saya pulih daripada menghidap penyakit HFMD, bolehkah dia dijangkiti semula?

Ya. Seperti selesema, bayi anda akan kebal kepada virus yang sudah menjangkitinya namun, masih banyak lagi virus penyakit tangan, kaki dan mulut.



BELI SEKARANG KLIK DISINI!


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR TENGGARA

NURUL ATIKAH BINTI MOHD KHALID
FB : NURUL ATIKAH MOHD KHALID
IG : SHAKLEEATIKAH




No comments:

Post a Comment

Luka Czer Sembuh Dengan Cepat

Perempuan, mengandung dan pantang berpisah tiada. Penjagaan rapi ketika berpantang adalah amat penting sekali. Terutamanya ini yang bersali...